Teknik Sistematik Melabur Dalam Pasaran Saham
Bab 2: Langkah 1 - Bagaimana Mengenalpasti Arah Tuju Pasaran Saham
Sepanjang pergerakan turun naik keseluruhan indeks pasaran, setiap 3 daripada 4 saham individu akan turut sama bergerak seiringan dengan indeks pasaran. Oleh itu, pengetahuan dan pemahaman yang tepat tentang arah indeks pasaran saham, samaada turun (downtrend) atau naik (uptrend) amat penting sebelum sesuatu urusniaga jual/beli saham dimulakan. Adalah menjadi suatu yang betul-betul sukar apabila kita cuba menentang arus dengan membeli saham semasa indeks pasaran saham menunjukkan keadaan pasaran yang lemah atau berada pada masa kejatuhan.
Downtrend dalam sesuatu pasaran selalunya akan berakhir apabila keadaan perniagaan syarikat sedang atau masih berada dalam keadaan menurun (downtrend) iaitu apabila majoriti syarikat akan melaporkan kerugian-kerugian yang dialaminya dalam suku terkini. Ini tidak bermakna sebaik sahaja keadaan pasaran pulih, situasi kewangan syarikat-syarikat akan juga bertambah baik. Akan masih ada syarikat yang melaporkan kerugian kewangan walaupun pasaran saham telah lebih 3 bulan berada dalam keadaan uptrend. Ini disebabkan oleh satu keadaan di mana, pasaran saham secara keseluruhan telah dapat mengagak dan telah mengambil kira semua keadaan ekonomi, politik dan keadaan semasa dunia beberapa bulan ke hadapan dan ini ditunjukkan dengan kenaikkan indeks pasaran saham walaupun keadaan ekonomi negara atau persepsi majoriti pada pasaran saham masih pada aras terendah. Dalam kata lain, pasaran saham merupakan indikator terkehadapan (leading indicator) berbanding analisis fundamental bacaan statistik ekonomi negara seperti KDNK, dll.
Pasaran saham boleh dikatakan sebagai satu benda hidup yang boleh mengagak kesan sesuatu keadaan dan menterjemahkannya ke dalam pergerakan harian price dan volume. Ia merupakan tempat berkumpulnya beribu-ribu pelabur yang membuat berbagai-bagai keputusan tetapi keputusan terakhir akan diperlihatkan pada harga penutup saham atau index pasaran, samaada turun atau naik berbanding hari-hari sebelumnya. Uptrend dalam sesuatu pasaran pula akan berakhir apabila keadaan perniagaan dalam keadaan terbaik di mana syarikat-syarikat akan melaporkan keuntungan-keuntungan yang telah diperoleh pada suku terkini dan persepsi majoriti berada pada tahap terbaik berkenaan pasaran saham. Ekonomi negara juga pada ketika itu berada pada tahap memberangsangkan. Jadi dengan hanya bergantung kepada analisis fundamental sahaja tidak mencukupi untuk keluar masuk pasaran saham. Tetapi masih terdapat kebanyakkan pelabur bergantung kepada hanya analisis fundamental untuk tujuan tersebut.
Kaedah terbaik mengenalpasti arah pergerakan saham-saham adalah dengan melihat, memahami dan metafsirkan dengan teliti carta harian indeks-indeks pasaran saham dari segi perubahaan harian price dan volume. Kebanyakkan orang akan menyatakan adalah mustahil untuk mengagak arah pergerakkan pasaran saham turun atau naik. Tanggapan ini hasil daripada percubaan para fund manager institusi kewangan untuk mengagak dan mengikuti dengan tepat arah pergerakkan pasaran saham. Tetapi mereka gagal. Disebabkan saiz fund yang mereka uruskan terlalu besar, menyebabkan tindakan keluar masuk pasaran tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat, padahal keadaan pasaran saham boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Faktor kekangan yang diberikan kepada fund manager oleh pihak atasan institusi kewangan turut menyumbang kepada ketidakupayaan mereka untuk keluar masuk pasaran secara pantas. Kebanyakkan institusi kewangan akan mensyaratkan kepada fund manager untuk sentiasa dalam keadaan fully invested 95% ke 100% daripada saiz fund yang mereka uruskan. Ini bermakna, fund manager tiada kebebasan untuk keluar masuk pasaran saham seperimana yang biasa dilakukan oleh pelabur individu. Kita sebagai pelabur individu tiada masalah berkaitan saiz fund. Kita boleh masuk dan keluar daripada pasaran dalam sekelip mata dan boleh bergantung sepenuhnya kepada arah pergerakan semasa pasaran dalam setiap keputusan yang diambil dan ini memberikan kelebihan yang besar kepada pelabur individu.
Bagi pasaran saham Malaysia, indeks-indeks yang boleh digunakan bagi mentafsirkan keadaan semasa turun atau naik pasaran adalah:
FBMKLCI - Sebelum ini dikenali sebagai indeks KLCI sebelum diganti dengan FBMKLCI bermula 9 July 2009. Terdiri daripada 30 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia papan utama (Main Board) berdasarkan market capitalisation.
FBMT100 – Terdiri daripada 100 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia. Terdiri daripada komponent dlam FBMKLCI dan FBM70.
FBMEMAS – Terdiri daripada komponent syarikat yang termasuk dalam senarai FBMT100 dan FBMSCAP (FBM Small Cap Index)
FBMSHA – Terdiri daripada komponent indeks FBMEMAS yang mematuhi syarat-syarat patuh syariah menurut kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti
Terdapat 3 jenis corak carta yang biasa digunakan untuk menanalisis indeks atau saham iaitu carta bar (bar chart. HLC atau OHLC), carta lilin (candelstick chart) dan carta garis (line chart). Dalam ebook ini saya menggunakan carta bar (HLC) kerana pada saya carta terbabit merupakan carta terbaik bagi menganalisis pasaran saham.
Bagaimana hendak mengenalpasti stock market top?
Jika kita mengikuti dengan teliti pergerakkan 4 indeks pasaran yang dinyatakan di atas, kita boleh menentukan/mengenalpasti stock market top semasa pasaran masih dalam keadaan menaik (uptrend). Dalam satu hari, sepanjang tempoh kenaikkan pasaran, indeks pasaran saham akan menunjukkan distribution day, di mana pada hari tersebut pasaran sedang berada dalam keadaan jualan mengatasi belian dalam volume yang tinggi. Tetapi satu distribution day sahaja tidak mencukupi untuk memaksa pasaran menukar arah daripada uptrend ke downtrend. Tetapi, jika beberapa distribution day berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu, tekanan jualan dalam pasaaran menjadi semakin meningkat dan menyebabkan pasaran menjadi lemah. Indeks pasaran tidak semestinya ditutup rendah dengan peningkatan volume untuk dikenali sebagai distribution day, tetapi distribution day juga boleh berlaku apabila indeks hanya mampu ditutup tinggi sedikit berbanding hari sebelumnya walaupun pada awal urusniaga saham pada hari tersebut, indeks berada pada paras memberangsangkan dengan keuntungan melebihi 1%. Bagi kes yang kedua, ia dikenali sebagai stalling action. Dalam kedua-dua kes yang dinyatakan sebelum ini (lower close atau stalling action), volume pada hari tersebut perlu meningkat berbanding hari sebelumnya.
Kadangkala, pasaran akan jatuh dengan begitu teruk daripada normal pada satu hari. Kejatuhan pada hari tersebut sudah boleh menjadi satu trigger yang pasaran telah berada pada kemuncaknya. Contohnya seperti kebiasaan pasaran akan jatuh dalam lingkungan tidak lebih daripada 1% dalam satu hari. Tetapi pasaran kemudian jatuh lebih 3% dalam satu hari. Keadaan yang tidak normal itu sudah cukup untuk kita keluar daripada pasaran. Tidak perlu untuk mencari sebab musabab kenapa berlakunya sedemikian. Yang penting apabila sesuatu berlaku dalam pasaran saham, maknanya akan terserlah hanya 2 atau 3 bulan akan datang.
Berdasarkan penerangan di atas, element yang terpenting dalam mengenalpasti distribution day adalah peningkatan volume berbanding volume hari sebelumnya. Peningkatan volume berbanding hari sebelumnya bermakna terdapat penjualan saham-saham oleh institusi-institusi kewangan besar (seperti amanah saham (unit trust), bank, syarikat insuran, dll). Disebabkan saiz fund yang mereka uruskan, mereka memerlukan beberapa hari untuk menyelesaikan jualan/belian saham dan mereka tidak akan menjual/membeli sekaligus dalam satu hari disebabkan mereka perlu menjaga harga jualan supaya tidak jatuh/naik jauh daripada purata harga jualan yang mereka telah tentukan. Jualan/belian berperingkat yang dilakukan oleh fund manager juga disebabkan mereka tidak mahu menimbulkan berlebihan perhatian dalam satu-satu saham yang mereka sedang jual/beli. Jika pelabur biasa mengetahui mana-mana satu saham sedang dijual/dibeli, akan timbul samaada suasana oversupply (apabila ramai menjual) atau overdemand (ramai ingin membeli).
Kriteria untuk mengenalpasti distribution day dalam salah satu indeks pasaran saham:
a)Indeks yang ditutup pada hari tersebut memenuhi mana-mana syarat-syarat di bawah:
Indeks pasaran ditutup rendah (lower close) dan mesti sama atau kurang daripada -0.15%. Contoh: indeks yang jatuh -0.11% tidak akan diambil kira, atau
Indeks hanya mengalami sedikit kenaikkan walaupun telah naik tinggi pada awal urusniaga (stalling action), atau
Indeks ditutup pada bahagian separuh bawah (lower half) jarak high low hari tersebut.
b)Indeks jatuh dalam peratusan yang besar dalam hanya satu hari
c)Volume keseluruhan pasaran akan meningkat daripada hari sebelumnya.
d)Jarak antara indeks high dan low pada hari tersebut kebiasaannya lebih besar berbanding biasa
Beberapa distribution day perlu terjadi dalam tempoh yang singkat (2 atau 3 minggu) dalam salah satu indeks sebelum keseluruhan pasaran terjerumus ke dalam downtrend. Kebiasaannya, apabila 4 distribution day terjadi dalam tempoh 2 atau 3 minggu, pasaran akan mengalami reversal daripada uptrend ke downtrend. Kadangkala, apabila 3 distribution day yang terjadi dalam tempoh 1 minggu, juga sudah mencukupi sebagain petanda awal pertukaran arah pasaran saham.
Saturday, August 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment