Saturday, August 28, 2010

Teknik Melabur Dalam Pasaran Saham

Teknik Sistematik Melabur Dalam Pasaran Saham

Bab 2: Langkah 1 - Bagaimana Mengenalpasti Arah Tuju Pasaran Saham
Sepanjang pergerakan turun naik keseluruhan indeks pasaran, setiap 3 daripada 4 saham individu akan turut sama bergerak seiringan dengan indeks pasaran. Oleh itu, pengetahuan dan pemahaman yang tepat tentang arah indeks pasaran saham, samaada turun (downtrend) atau naik (uptrend) amat penting sebelum sesuatu urusniaga jual/beli saham dimulakan. Adalah menjadi suatu yang betul-betul sukar apabila kita cuba menentang arus dengan membeli saham semasa indeks pasaran saham menunjukkan keadaan pasaran yang lemah atau berada pada masa kejatuhan.

Downtrend dalam sesuatu pasaran selalunya akan berakhir apabila keadaan perniagaan syarikat sedang atau masih berada dalam keadaan menurun (downtrend) iaitu apabila majoriti syarikat akan melaporkan kerugian-kerugian yang dialaminya dalam suku terkini. Ini tidak bermakna sebaik sahaja keadaan pasaran pulih, situasi kewangan syarikat-syarikat akan juga bertambah baik. Akan masih ada syarikat yang melaporkan kerugian kewangan walaupun pasaran saham telah lebih 3 bulan berada dalam keadaan uptrend. Ini disebabkan oleh satu keadaan di mana, pasaran saham secara keseluruhan telah dapat mengagak dan telah mengambil kira semua keadaan ekonomi, politik dan keadaan semasa dunia beberapa bulan ke hadapan dan ini ditunjukkan dengan kenaikkan indeks pasaran saham walaupun keadaan ekonomi negara atau persepsi majoriti pada pasaran saham masih pada aras terendah. Dalam kata lain, pasaran saham merupakan indikator terkehadapan (leading indicator) berbanding analisis fundamental bacaan statistik ekonomi negara seperti KDNK, dll.
Pasaran saham boleh dikatakan sebagai satu benda hidup yang boleh mengagak kesan sesuatu keadaan dan menterjemahkannya ke dalam pergerakan harian price dan volume. Ia merupakan tempat berkumpulnya beribu-ribu pelabur yang membuat berbagai-bagai keputusan tetapi keputusan terakhir akan diperlihatkan pada harga penutup saham atau index pasaran, samaada turun atau naik berbanding hari-hari sebelumnya. Uptrend dalam sesuatu pasaran pula akan berakhir apabila keadaan perniagaan dalam keadaan terbaik di mana syarikat-syarikat akan melaporkan keuntungan-keuntungan yang telah diperoleh pada suku terkini dan persepsi majoriti berada pada tahap terbaik berkenaan pasaran saham. Ekonomi negara juga pada ketika itu berada pada tahap memberangsangkan. Jadi dengan hanya bergantung kepada analisis fundamental sahaja tidak mencukupi untuk keluar masuk pasaran saham. Tetapi masih terdapat kebanyakkan pelabur bergantung kepada hanya analisis fundamental untuk tujuan tersebut.

Kaedah terbaik mengenalpasti arah pergerakan saham-saham adalah dengan melihat, memahami dan metafsirkan dengan teliti carta harian indeks-indeks pasaran saham dari segi perubahaan harian price dan volume. Kebanyakkan orang akan menyatakan adalah mustahil untuk mengagak arah pergerakkan pasaran saham turun atau naik. Tanggapan ini hasil daripada percubaan para fund manager institusi kewangan untuk mengagak dan mengikuti dengan tepat arah pergerakkan pasaran saham. Tetapi mereka gagal. Disebabkan saiz fund yang mereka uruskan terlalu besar, menyebabkan tindakan keluar masuk pasaran tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat, padahal keadaan pasaran saham boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Faktor kekangan yang diberikan kepada fund manager oleh pihak atasan institusi kewangan turut menyumbang kepada ketidakupayaan mereka untuk keluar masuk pasaran secara pantas. Kebanyakkan institusi kewangan akan mensyaratkan kepada fund manager untuk sentiasa dalam keadaan fully invested 95% ke 100% daripada saiz fund yang mereka uruskan. Ini bermakna, fund manager tiada kebebasan untuk keluar masuk pasaran saham seperimana yang biasa dilakukan oleh pelabur individu. Kita sebagai pelabur individu tiada masalah berkaitan saiz fund. Kita boleh masuk dan keluar daripada pasaran dalam sekelip mata dan boleh bergantung sepenuhnya kepada arah pergerakan semasa pasaran dalam setiap keputusan yang diambil dan ini memberikan kelebihan yang besar kepada pelabur individu.

Bagi pasaran saham Malaysia, indeks-indeks yang boleh digunakan bagi mentafsirkan keadaan semasa turun atau naik pasaran adalah:

FBMKLCI - Sebelum ini dikenali sebagai indeks KLCI sebelum diganti dengan FBMKLCI bermula 9 July 2009. Terdiri daripada 30 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia papan utama (Main Board) berdasarkan market capitalisation.

FBMT100 – Terdiri daripada 100 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia. Terdiri daripada komponent dlam FBMKLCI dan FBM70.

FBMEMAS – Terdiri daripada komponent syarikat yang termasuk dalam senarai FBMT100 dan FBMSCAP (FBM Small Cap Index)

FBMSHA – Terdiri daripada komponent indeks FBMEMAS yang mematuhi syarat-syarat patuh syariah menurut kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti

Terdapat 3 jenis corak carta yang biasa digunakan untuk menanalisis indeks atau saham iaitu carta bar (bar chart. HLC atau OHLC), carta lilin (candelstick chart) dan carta garis (line chart). Dalam ebook ini saya menggunakan carta bar (HLC) kerana pada saya carta terbabit merupakan carta terbaik bagi menganalisis pasaran saham.

Bagaimana hendak mengenalpasti stock market top?
Jika kita mengikuti dengan teliti pergerakkan 4 indeks pasaran yang dinyatakan di atas, kita boleh menentukan/mengenalpasti stock market top semasa pasaran masih dalam keadaan menaik (uptrend). Dalam satu hari, sepanjang tempoh kenaikkan pasaran, indeks pasaran saham akan menunjukkan distribution day, di mana pada hari tersebut pasaran sedang berada dalam keadaan jualan mengatasi belian dalam volume yang tinggi. Tetapi satu distribution day sahaja tidak mencukupi untuk memaksa pasaran menukar arah daripada uptrend ke downtrend. Tetapi, jika beberapa distribution day berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu, tekanan jualan dalam pasaaran menjadi semakin meningkat dan menyebabkan pasaran menjadi lemah. Indeks pasaran tidak semestinya ditutup rendah dengan peningkatan volume untuk dikenali sebagai distribution day, tetapi distribution day juga boleh berlaku apabila indeks hanya mampu ditutup tinggi sedikit berbanding hari sebelumnya walaupun pada awal urusniaga saham pada hari tersebut, indeks berada pada paras memberangsangkan dengan keuntungan melebihi 1%. Bagi kes yang kedua, ia dikenali sebagai stalling action. Dalam kedua-dua kes yang dinyatakan sebelum ini (lower close atau stalling action), volume pada hari tersebut perlu meningkat berbanding hari sebelumnya.

Kadangkala, pasaran akan jatuh dengan begitu teruk daripada normal pada satu hari. Kejatuhan pada hari tersebut sudah boleh menjadi satu trigger yang pasaran telah berada pada kemuncaknya. Contohnya seperti kebiasaan pasaran akan jatuh dalam lingkungan tidak lebih daripada 1% dalam satu hari. Tetapi pasaran kemudian jatuh lebih 3% dalam satu hari. Keadaan yang tidak normal itu sudah cukup untuk kita keluar daripada pasaran. Tidak perlu untuk mencari sebab musabab kenapa berlakunya sedemikian. Yang penting apabila sesuatu berlaku dalam pasaran saham, maknanya akan terserlah hanya 2 atau 3 bulan akan datang.

Berdasarkan penerangan di atas, element yang terpenting dalam mengenalpasti distribution day adalah peningkatan volume berbanding volume hari sebelumnya. Peningkatan volume berbanding hari sebelumnya bermakna terdapat penjualan saham-saham oleh institusi-institusi kewangan besar (seperti amanah saham (unit trust), bank, syarikat insuran, dll). Disebabkan saiz fund yang mereka uruskan, mereka memerlukan beberapa hari untuk menyelesaikan jualan/belian saham dan mereka tidak akan menjual/membeli sekaligus dalam satu hari disebabkan mereka perlu menjaga harga jualan supaya tidak jatuh/naik jauh daripada purata harga jualan yang mereka telah tentukan. Jualan/belian berperingkat yang dilakukan oleh fund manager juga disebabkan mereka tidak mahu menimbulkan berlebihan perhatian dalam satu-satu saham yang mereka sedang jual/beli. Jika pelabur biasa mengetahui mana-mana satu saham sedang dijual/dibeli, akan timbul samaada suasana oversupply (apabila ramai menjual) atau overdemand (ramai ingin membeli).

Kriteria untuk mengenalpasti distribution day dalam salah satu indeks pasaran saham:

a)Indeks yang ditutup pada hari tersebut memenuhi mana-mana syarat-syarat di bawah:
Indeks pasaran ditutup rendah (lower close) dan mesti sama atau kurang daripada -0.15%. Contoh: indeks yang jatuh -0.11% tidak akan diambil kira, atau
Indeks hanya mengalami sedikit kenaikkan walaupun telah naik tinggi pada awal urusniaga (stalling action), atau
Indeks ditutup pada bahagian separuh bawah (lower half) jarak high low hari tersebut.

b)Indeks jatuh dalam peratusan yang besar dalam hanya satu hari

c)Volume keseluruhan pasaran akan meningkat daripada hari sebelumnya.

d)Jarak antara indeks high dan low pada hari tersebut kebiasaannya lebih besar berbanding biasa

Beberapa distribution day perlu terjadi dalam tempoh yang singkat (2 atau 3 minggu) dalam salah satu indeks sebelum keseluruhan pasaran terjerumus ke dalam downtrend. Kebiasaannya, apabila 4 distribution day terjadi dalam tempoh 2 atau 3 minggu, pasaran akan mengalami reversal daripada uptrend ke downtrend. Kadangkala, apabila 3 distribution day yang terjadi dalam tempoh 1 minggu, juga sudah mencukupi sebagain petanda awal pertukaran arah pasaran saham.

Thursday, August 26, 2010

BIJAK MELABUR

Jadilah Pelabur Bijak!

Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur. Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran.
Tindakan yang kita lakukan untuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. Terdapat 3 kategori pelabur iaitu :-
1- Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.
Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian.
Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.
Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 – RM9,308 = (RM692)
2- Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).
Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit.
Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,
Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 – RM10,000 = RM1,220 (12.2%)
3- Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.
Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu; beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.
Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 – RM9,400 = RM1,820 (18.2%)
Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang meluas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda. Sama ada anda seorang pelabur agresif, sederhana atau conservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda.

Thursday, March 18, 2010

Mutiara Raja Gunung (siri 1)

Tersebut kisah mutiara Raja Gunung milik Akinabalu yang diwarisinya sejak turun temurun. Akinabalu adalah seorang raja Dewa Gunung yang tinggal disuatu lembah di kaki Gunung Kinabalu. Menurut Kuminado mutiara ini atau dalam bahasa dusun butia dii Akinabalu itu besarnya seperti sebiji limau bali dan berwarna hijau tua. Setiap pagi mutiara itu akan mengeluarkan cahaya yang amat terang dan cantik sehinggakan mana-mana kawasan yang mendapat sinarannya akan bertambah subur dan makmur.

Raja Tembuyukan yang memerintah Gunung Tembuyukan telah lama mengetahui tentang kesaktian mutiara Raja Akinabalu dan berhasrat untuk merampas mutiara itu daripada Raja Akinabalu.Pada suatu malam Raja Tembuyukan memanggil Tumbayan ketua panglimanya yang gagah berani untuk menyerang dan memusnahkan istana Akinabalu. Niat jahat Raja Tembuyukan telah lama diketahui oleh Raja Akinabalu lalu mempersiapkan bela tenteranya bagi menentang tentera Raja Tembuyukan. Ketika tentera yang diketuai oleh Tumbayan sedang mendaki bukit tentera Raja Akinabalu menyerang dengan mengulikkan batu-batu besar bagi menghalang kemaraan tentera Raja Tembuyukan. Ramai tentera Raja Tembuyukan mati dalam pertempuran ini sementara Panglima Tumbayaan serta beberapa tenteranya turut cedera dan balik ke Gunung Tembuyukan.

Tersebut pula kisah sebuah kampung yang aman dan makmur terletak di suatu lembah gunung yang sangat rata. Dikatakan penduduknya sangat rajin dan kuat berusaha serta sangat kaya dengan hasil pertanian. Kampung ini dinamakan kampung Silau, kampung ini terletak di satu lembah berhadapan dengan Gunung Kinabalu. Kampung Silau merupakan satu dataran yang rata sungguhpun terletak diatas bukit yang tinggi. Menurut Kuminado kampung ini sering dikunjungi oleh Raja Akinabalu dengan menaiki seekor kuda putih untuk berjumpa dengan rakyat jelata. Melihat kepada kerajinan dan usaha penduduk kampung silau, Raja Akinabalu telah menghadiahkan penduduk kampung 7 biji gong yang diperbuat daripada emas dan perak. Sebelum berangkat pulang Raja Akinabalu berpesan kepada penduduk kampung Silau supaya jangan berpecah belah kerana menurut ramalannya kampung ini kelak akan menjadi satu kawasan yang terkenal pada masa akan datang.

Menurut Legenda, pancaran mutiara Raja Akinabalu membawa kepada kemajuan kepada kemakmuran dan kesuburan terhadap empat buah kampung dalam daerah Ranau iaitu Bundu Tuhan/Kiau, Kundasang, Silou dan sekitarnya.

Nota: Para pembaca sekelian, cerita ini adalah metos semata-mata dan saya perlukan komen anda untuk menilai kebenarannya. tq

Wednesday, March 17, 2010

Mitos gunung kinabalu siri 2

Seperti yang diceritakan menerusi nenek saya terdahulu dalam tajuk mitos gunung kinabalu siri 1, kini saya ceritakan pula tentang kisah gemala sakti yang terdapat di kaki gunung yang kini dinamakan sayap-sayap (taman syorga kinabalu). Pada zaman dahulu taman ini didiami oleh orang-orang yang tidak diketahui asal usulnya. Negeri ini diperintah oleh seorang raja yang digelar Akinabalu . Akinabalu adalah seorang raja yang terkenal kerana memiliki kesaktian luar biasa. Akinabalu juga seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Akinabalu memiliki sebiji gemala sebesar buah limau bali yang sering diletakkan diluar istana di kaki gunung kinabalu.

Dikhabarkan bahawa apabila matahari memancar sebelah pagi gemala ini akan memantulkan cahayanya menerangi seluruh kawasan dengan cantiknya. Cahaya gemala ini dapat dilihat dari jauh dengan jelas sekali. Orang dusun ranau menamakan cahaya ini Butia Akinabalu ( Mutiara Akinabalu). Mengikut lagenda dusun dahulu kala, mana-mana kawasan yang menerima pancaran gemala tersebut tanahnya menjadi sentiasa subur untuk pertanian. Sebab itulah orang-orang dusun suka meneroka tanah-tanah tinggi khususnya untuk tujuan pertanian.

Berbalik pada cerita Kuminado, beliau adalah seorang wanita luarbiasa yang sering mengabdikan diri kepada keluarga diraja untuk melaporkan keadaan penduduk kampungnya kepada raja akinabalu. Kuminado adalah seorang petani yang menanam padi bukit untuk keluarga raja akinabalu. menurut cerita raja akinabalu suka makan baras bukit yang berwarna merah atau dalam bahasa dusun vagas tadong, manakala sayur kegamarannya pula adalah sayur tutan. Orang dusun percaya sayur tutan adalah sayur sakti kerana tidak ditanam oleh orang. Biasanya sayur tutan akan tumbuh sendiri pada tanah yang baru dibuka. Menurut kuminado sayur tutan ini dihantar dan disemai sendiri oleh akinabalu. Pada masa ini sayur tutan sangat digemari oleh orang ramai kerana khasiatnya yang luar biasa. Begitu juga dengan vagas tidong yang wangi dan kekal rasa kelazatannya sehingga sekarang.

Suatu aketika dahulu ada cubaan untuk mencuri gemala sakti tersebut, namun cubaan mereka gagal, malah ada kisah yang menceritakan keaiban berlaku menimpa si pencuri tersebut. Kini zaman telah berubah, kegemilangan gemala sakti itu tidak lagi menjadi buah mulut orang, namun saya masih percaya gemala sakti itu tetap wujud di gunung kinabalu. Kalau anda tidak percaya, cobalah anda mendaki gunung kinabalu pasti anda terpukau dengan keindahannya walaupun mungkin anda tidak menjumpai gemala sakti itu lagi. Yang pasti gemala sakti itu masih ada di sisi gunung kinabalu dan anda perlu cari petua untuk mencarinya. sekian.

ok.lah nanti saya tambahkan lagi cerita ini dengan mitos batu gemala sakti dan ayam sakti yang diutus untuk memerintah sebuah kampung yang bernama nunuk ragang.

Tuesday, March 16, 2010

MITOS GUNUNG KINABALU.

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, fakta ini semua orang tahu tetapi tidak ramai orang yang tahu secara mendalam tentang mistri yang tersembunyi disebalik gunung ini secara total.Sebenarnya ada Lima buah gunung berada di sekitar kawasan gunung kinabalu ini yang letaknya berasingan dengan induk gunung kinabalu yang belum lagi diteroka.Yang pasti hanya 3 buah gunung sahaja yang jelas kelihatan dari jauh . Orang tua-tua dahulu menamakan Induk gunung kinabalu dengan gelaran akinabalu(bapa gunung) ,gunung kedua dipanggil inabalu (mama gunung)dan yang ketiga dipanggil tanabalu (anak gunung).

Suatu ketika dahulu nenek saya yang telah berumur 120 tahun pernah mendengar cerita orang tua-tuanya yang mengatakan bahawa ada seorang wanita tua yang bernama kuminadu yang terkenal kerana banyak kesaktiannya telah tinggal di Kampung Kiau berdekatan kaki gunung kinabalu mengatakan bahawa beliau boleh berhubung dengan semangat gunung kinabalu secara ghaib. Lantaran itu kuminadu kerap bertemu dengan mereka secara ghaib dalam satu upacara tertentu. Kuminadau pernah di bawa ke tempat tinggal akinabalu dimana beliau menggambarkan bahawa terdapat taman yang cantik didirikan diantara ketiga-tiga kaki gunung tersebut yang kini dinamakan sayap-sayap. Taman ini digambarkan oleh kuminadu sebagai syorga kerana di sini terdapat berjenis-jenis hidupan liar yang jinak-jinak belaka serta tumbuh-tumbuhan yang beraneka jenis dan cantik-cantik belaka. Apa yang menghairankan kuminadu adalah beliau tidak pernahpun berjumpa dengan sesiapapun manusia sepertinya disini.
Kuninadu menceritakan bahawa akinabalu dan istrinya inabalu berpakaian seperti dewa-dewa dan jarang sekali bercakap dengannya. Akinabalu memberi arahan dengan gerakan tangannya sahaja sambil memegang sebatang rotan warna putih. Saya bukanlah memandai-mandai ataupun mereka-reka cerita ini untuk disiarkan dalam blog ini, tetapi cerita ini adalah berdasarkan cerita pengalaman nenek saya. nantikan sambungan.....

GUNUNG KINABALU

Thursday, February 18, 2010

Cerita sahabatku...

Hari ini, khamis 18 Februari 2010 saya dan beberapa orang rakan sembang-sembang di kedai kopi , macam biasa topek utama perbincangan soal bisnes. Seorang rakan yang dah lama berniaga Hi o marketing telah pun memiliki sebuah kereta mewah jenama BMW. Suatu ketika dahulu, beliau macam saya juga tak punya apa-apa yang dibanggakan. Alhamdulillah berkat usaha yang tak kenal jemu dapat juga memiliki seperti orang kaya-kaya pakai. begitulah cerita beliau kepada kami. Pada air muka sahabat saya tersirat suatu kepuasan dalam hidup.

Di rumah saya duduk termenung, mengenangkan kisah sahabat saya itu, saya merasa cemburu dengan usaha beliau. Beliau mengingatkan saya kalau nak maju dalam bisnes buatlah sesuatu dengan gigih tanpa jemu pasti ada kejayaan. Saya nak macam beliau... tapi bagaimana? saya nak cungkil lagi kisahnya pada pertemuan akan datang.

Wednesday, February 17, 2010

Gunung Kinabalu 1


Aku masih teringat sewaktu aku balik bercuti di Ranau semasa Tahun Baru Cina 14 Februari 2010. Aku sempat mengambil gambar gunung kinabalu yang telah sekian lama aku tinggalkan. nantikan sambungan