Tersebut kisah mutiara Raja Gunung milik Akinabalu yang diwarisinya sejak turun temurun. Akinabalu adalah seorang raja Dewa Gunung yang tinggal disuatu lembah di kaki Gunung Kinabalu. Menurut Kuminado mutiara ini atau dalam bahasa dusun butia dii Akinabalu itu besarnya seperti sebiji limau bali dan berwarna hijau tua. Setiap pagi mutiara itu akan mengeluarkan cahaya yang amat terang dan cantik sehinggakan mana-mana kawasan yang mendapat sinarannya akan bertambah subur dan makmur.
Raja Tembuyukan yang memerintah Gunung Tembuyukan telah lama mengetahui tentang kesaktian mutiara Raja Akinabalu dan berhasrat untuk merampas mutiara itu daripada Raja Akinabalu.Pada suatu malam Raja Tembuyukan memanggil Tumbayan ketua panglimanya yang gagah berani untuk menyerang dan memusnahkan istana Akinabalu. Niat jahat Raja Tembuyukan telah lama diketahui oleh Raja Akinabalu lalu mempersiapkan bela tenteranya bagi menentang tentera Raja Tembuyukan. Ketika tentera yang diketuai oleh Tumbayan sedang mendaki bukit tentera Raja Akinabalu menyerang dengan mengulikkan batu-batu besar bagi menghalang kemaraan tentera Raja Tembuyukan. Ramai tentera Raja Tembuyukan mati dalam pertempuran ini sementara Panglima Tumbayaan serta beberapa tenteranya turut cedera dan balik ke Gunung Tembuyukan.
Tersebut pula kisah sebuah kampung yang aman dan makmur terletak di suatu lembah gunung yang sangat rata. Dikatakan penduduknya sangat rajin dan kuat berusaha serta sangat kaya dengan hasil pertanian. Kampung ini dinamakan kampung Silau, kampung ini terletak di satu lembah berhadapan dengan Gunung Kinabalu. Kampung Silau merupakan satu dataran yang rata sungguhpun terletak diatas bukit yang tinggi. Menurut Kuminado kampung ini sering dikunjungi oleh Raja Akinabalu dengan menaiki seekor kuda putih untuk berjumpa dengan rakyat jelata. Melihat kepada kerajinan dan usaha penduduk kampung silau, Raja Akinabalu telah menghadiahkan penduduk kampung 7 biji gong yang diperbuat daripada emas dan perak. Sebelum berangkat pulang Raja Akinabalu berpesan kepada penduduk kampung Silau supaya jangan berpecah belah kerana menurut ramalannya kampung ini kelak akan menjadi satu kawasan yang terkenal pada masa akan datang.
Menurut Legenda, pancaran mutiara Raja Akinabalu membawa kepada kemajuan kepada kemakmuran dan kesuburan terhadap empat buah kampung dalam daerah Ranau iaitu Bundu Tuhan/Kiau, Kundasang, Silou dan sekitarnya.
Nota: Para pembaca sekelian, cerita ini adalah metos semata-mata dan saya perlukan komen anda untuk menilai kebenarannya. tq
Thursday, March 18, 2010
Wednesday, March 17, 2010
Mitos gunung kinabalu siri 2
Seperti yang diceritakan menerusi nenek saya terdahulu dalam tajuk mitos gunung kinabalu siri 1, kini saya ceritakan pula tentang kisah gemala sakti yang terdapat di kaki gunung yang kini dinamakan sayap-sayap (taman syorga kinabalu). Pada zaman dahulu taman ini didiami oleh orang-orang yang tidak diketahui asal usulnya. Negeri ini diperintah oleh seorang raja yang digelar Akinabalu . Akinabalu adalah seorang raja yang terkenal kerana memiliki kesaktian luar biasa. Akinabalu juga seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Akinabalu memiliki sebiji gemala sebesar buah limau bali yang sering diletakkan diluar istana di kaki gunung kinabalu.
Dikhabarkan bahawa apabila matahari memancar sebelah pagi gemala ini akan memantulkan cahayanya menerangi seluruh kawasan dengan cantiknya. Cahaya gemala ini dapat dilihat dari jauh dengan jelas sekali. Orang dusun ranau menamakan cahaya ini Butia Akinabalu ( Mutiara Akinabalu). Mengikut lagenda dusun dahulu kala, mana-mana kawasan yang menerima pancaran gemala tersebut tanahnya menjadi sentiasa subur untuk pertanian. Sebab itulah orang-orang dusun suka meneroka tanah-tanah tinggi khususnya untuk tujuan pertanian.
Berbalik pada cerita Kuminado, beliau adalah seorang wanita luarbiasa yang sering mengabdikan diri kepada keluarga diraja untuk melaporkan keadaan penduduk kampungnya kepada raja akinabalu. Kuminado adalah seorang petani yang menanam padi bukit untuk keluarga raja akinabalu. menurut cerita raja akinabalu suka makan baras bukit yang berwarna merah atau dalam bahasa dusun vagas tadong, manakala sayur kegamarannya pula adalah sayur tutan. Orang dusun percaya sayur tutan adalah sayur sakti kerana tidak ditanam oleh orang. Biasanya sayur tutan akan tumbuh sendiri pada tanah yang baru dibuka. Menurut kuminado sayur tutan ini dihantar dan disemai sendiri oleh akinabalu. Pada masa ini sayur tutan sangat digemari oleh orang ramai kerana khasiatnya yang luar biasa. Begitu juga dengan vagas tidong yang wangi dan kekal rasa kelazatannya sehingga sekarang.
Suatu aketika dahulu ada cubaan untuk mencuri gemala sakti tersebut, namun cubaan mereka gagal, malah ada kisah yang menceritakan keaiban berlaku menimpa si pencuri tersebut. Kini zaman telah berubah, kegemilangan gemala sakti itu tidak lagi menjadi buah mulut orang, namun saya masih percaya gemala sakti itu tetap wujud di gunung kinabalu. Kalau anda tidak percaya, cobalah anda mendaki gunung kinabalu pasti anda terpukau dengan keindahannya walaupun mungkin anda tidak menjumpai gemala sakti itu lagi. Yang pasti gemala sakti itu masih ada di sisi gunung kinabalu dan anda perlu cari petua untuk mencarinya. sekian.
ok.lah nanti saya tambahkan lagi cerita ini dengan mitos batu gemala sakti dan ayam sakti yang diutus untuk memerintah sebuah kampung yang bernama nunuk ragang.

Tuesday, March 16, 2010
MITOS GUNUNG KINABALU.
Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, fakta ini semua orang tahu tetapi tidak ramai orang yang tahu secara mendalam tentang mistri yang tersembunyi disebalik gunung ini secara total.Sebenarnya ada Lima buah gunung berada di sekitar kawasan gunung kinabalu ini yang letaknya berasingan dengan induk gunung kinabalu yang belum lagi diteroka.Yang pasti hanya 3 buah gunung sahaja yang jelas kelihatan dari jauh . Orang tua-tua dahulu menamakan Induk gunung kinabalu dengan gelaran akinabalu(bapa gunung) ,gunung kedua dipanggil inabalu (mama gunung)dan yang ketiga dipanggil tanabalu (anak gunung).
Suatu ketika dahulu nenek saya yang telah berumur 120 tahun pernah mendengar cerita orang tua-tuanya yang mengatakan bahawa ada seorang wanita tua yang bernama kuminadu yang terkenal kerana banyak kesaktiannya telah tinggal di Kampung Kiau berdekatan kaki gunung kinabalu mengatakan bahawa beliau boleh berhubung dengan semangat gunung kinabalu secara ghaib. Lantaran itu kuminadu kerap bertemu dengan mereka secara ghaib dalam satu upacara tertentu. Kuminadau pernah di bawa ke tempat tinggal akinabalu dimana beliau menggambarkan bahawa terdapat taman yang cantik didirikan diantara ketiga-tiga kaki gunung tersebut yang kini dinamakan sayap-sayap. Taman ini digambarkan oleh kuminadu sebagai syorga kerana di sini terdapat berjenis-jenis hidupan liar yang jinak-jinak belaka serta tumbuh-tumbuhan yang beraneka jenis dan cantik-cantik belaka. Apa yang menghairankan kuminadu adalah beliau tidak pernahpun berjumpa dengan sesiapapun manusia sepertinya disini.
Kuninadu menceritakan bahawa akinabalu dan istrinya inabalu berpakaian seperti dewa-dewa dan jarang sekali bercakap dengannya. Akinabalu memberi arahan dengan gerakan tangannya sahaja sambil memegang sebatang rotan warna putih. Saya bukanlah memandai-mandai ataupun mereka-reka cerita ini untuk disiarkan dalam blog ini, tetapi cerita ini adalah berdasarkan cerita pengalaman nenek saya. nantikan sambungan.....

Subscribe to:
Posts (Atom)