Seperti yang diceritakan menerusi nenek saya terdahulu dalam tajuk mitos gunung kinabalu siri 1, kini saya ceritakan pula tentang kisah gemala sakti yang terdapat di kaki gunung yang kini dinamakan sayap-sayap (taman syorga kinabalu). Pada zaman dahulu taman ini didiami oleh orang-orang yang tidak diketahui asal usulnya. Negeri ini diperintah oleh seorang raja yang digelar Akinabalu . Akinabalu adalah seorang raja yang terkenal kerana memiliki kesaktian luar biasa. Akinabalu juga seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Akinabalu memiliki sebiji gemala sebesar buah limau bali yang sering diletakkan diluar istana di kaki gunung kinabalu.
Dikhabarkan bahawa apabila matahari memancar sebelah pagi gemala ini akan memantulkan cahayanya menerangi seluruh kawasan dengan cantiknya. Cahaya gemala ini dapat dilihat dari jauh dengan jelas sekali. Orang dusun ranau menamakan cahaya ini Butia Akinabalu ( Mutiara Akinabalu). Mengikut lagenda dusun dahulu kala, mana-mana kawasan yang menerima pancaran gemala tersebut tanahnya menjadi sentiasa subur untuk pertanian. Sebab itulah orang-orang dusun suka meneroka tanah-tanah tinggi khususnya untuk tujuan pertanian.
Berbalik pada cerita Kuminado, beliau adalah seorang wanita luarbiasa yang sering mengabdikan diri kepada keluarga diraja untuk melaporkan keadaan penduduk kampungnya kepada raja akinabalu. Kuminado adalah seorang petani yang menanam padi bukit untuk keluarga raja akinabalu. menurut cerita raja akinabalu suka makan baras bukit yang berwarna merah atau dalam bahasa dusun vagas tadong, manakala sayur kegamarannya pula adalah sayur tutan. Orang dusun percaya sayur tutan adalah sayur sakti kerana tidak ditanam oleh orang. Biasanya sayur tutan akan tumbuh sendiri pada tanah yang baru dibuka. Menurut kuminado sayur tutan ini dihantar dan disemai sendiri oleh akinabalu. Pada masa ini sayur tutan sangat digemari oleh orang ramai kerana khasiatnya yang luar biasa. Begitu juga dengan vagas tidong yang wangi dan kekal rasa kelazatannya sehingga sekarang.
Suatu aketika dahulu ada cubaan untuk mencuri gemala sakti tersebut, namun cubaan mereka gagal, malah ada kisah yang menceritakan keaiban berlaku menimpa si pencuri tersebut. Kini zaman telah berubah, kegemilangan gemala sakti itu tidak lagi menjadi buah mulut orang, namun saya masih percaya gemala sakti itu tetap wujud di gunung kinabalu. Kalau anda tidak percaya, cobalah anda mendaki gunung kinabalu pasti anda terpukau dengan keindahannya walaupun mungkin anda tidak menjumpai gemala sakti itu lagi. Yang pasti gemala sakti itu masih ada di sisi gunung kinabalu dan anda perlu cari petua untuk mencarinya. sekian.
ok.lah nanti saya tambahkan lagi cerita ini dengan mitos batu gemala sakti dan ayam sakti yang diutus untuk memerintah sebuah kampung yang bernama nunuk ragang.
Wednesday, March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
saya sangat tertarik dengan cerita ini..saya juga orng ranau ..bljar dl thun 1 di Sps UMS..bolehkh saya pinjam cerita kmu ini sbg sumber bgi assaiment saya?
Post a Comment